Beberapa hari sebelum tu aku dah pergi ke Medan Selera Presint 9 Putrajaya, mencari kacang pool. Aku pergi malam, mananya nak dapat kacang pool waktu macam tu, gerainya pun dah tutup haha.
Okay tak apa nanti kita datang hari lain, datang waktu siang.
Entah macam mana ya boleh pula teringat dah lama sangat tak makan roti canai sarang burung. Maka kita pun tanya pakcik Google, ehhh rupanya ada dijual di Medan Selera Presint 9 Putrajaya. Satu tempat dengan kacang pool.
Jadi hari ni aku break IF (Intermittent Fasting) awal dari biasa. Biasanya pukul 12 atau 1 tengahari baru aku makan.
Sebab nak makan roti canai sarang burung punya pasal. Takut habis sebab roti canai sarang burung hanya ada pada waktu pagi sahaja.
Kami order dua jenis menu iaitu roti canai sarang burung (di gerai nombor 5) dan kacang pool. Kongsi makan dengan suami. Alhamdulillah kenyang.