Apabila kita kerap bertanya pada orang yang sama bila dia nak kahwin, itu bukan lagi sekadar pembuka kata untuk bersembang.
Ia adalah perbuatan yang biadap dan sengaja nak menyakitkan hati.
Cukuplah sekadar bertanya sekali dua sahaja. Banyak lagi benda lain yang boleh dibuat modal bersembang.
Aku ingat lagi ada seseorang ni pernah tulis, dia kata biasa la tu orang tanya soalan macam tu, orang nak bersembang je tu tak payah la nak ambil hati.
Aku jawab dalam hati, "Kau sendiri pun kahwin muda masa umur 22, introvert, mengelak duduk tempat yang ada ramai orang, dan lepak berdua dengan kawan pun tak. Sudah tentulah kau tak pernah hadap kepuakaan mulut makcik pakcik bawang."
Sekental mana pun seseorang itu, bila kerap ditanya soalan sedemikian, lama kelamaan boleh koyak okay. Terutamanya apabila umur dah meningkat dan masih belum jumpa pasangan yang sesuai.
Sebab orang yang suka tanya soalan macam tu, dia bukan sekadar tanya, tetapi ditambah dengan kata perlian atau lawak yang tak kena tempat.
Tahu tak ada orang yang sampai kena depression asyik kena attack dengan soalan bila nak kahwin.
Tahu tak ada orang yang asalnya ada keyakinan diri yang tinggi boleh bertukar jadi rendah diri sebab malu orang dok tanya kenapa tak kahwin umur dah banyak.
Tahu tak ada orang yang sebelum ini hidupnya ceria dan penuh keseronokan, tiba-tiba jadi anxiety takut nak jumpa orang.
Tahu tak ada orang yang rasa terhina sebab dia baru putus cinta, baru putus tunang, dikhianati bakal pasangan, tiba-tiba kau buat lawak pasal dia tak kahwin.
Tahu tak orang kau dok tanya banyak kali bila dia nak kahwin tu sedang bergelut dengan masalah kesihatan mental. Terus down teruk orang tu.
Dalam inbox Facebook dan WhatsApp aku banyak luahan dari mereka yang ada masalah hidup dan juga yang struggled dengan isu kesihatan mental.
Satu sahaja aku nak pesan, jika kita tak boleh membantu, janganlah kita menambah masalah dan kesakitan dalam diri orang lain. Jika tak ada benda baik nak cakap, lebih baik kita diam.