35 Cara Untuk Praktis Self-Care Secara Percuma


Ada sesetengah orang fikir bahawa untuk praktis self-care kena keluarkan duit. Sebenarnya tak perlu pun, kerana ada banyak aktiviti self-care yang boleh dilakukan secara percuma.

Orang salah faham sebab mereka ingatkan self-care ini terhad kepada aktiviti tertentu seperti keluar membeli belah, pergi spa, menikmati haruman dari essential oil yang mahal, makan coklat atau aiskrim, dan lain-lain. 



Bukan begitu. Self-care boleh jadi apa sahaja yang kita perlukan dalam menjaga diri untuk kehidupan yang lebih tenang, gembira, dan bahagia. Ada banyak cara yang percuma atau hanya melibatkan kos yang sangat sedikit. Contohnya:


1. Membaca buku atau majalah

2. Keluar menikmati alam semulajadi seperti hutan, pantai atau sekadar melihat awan

3. Dapatkan tidur yang berkualiti

4. Menjauhkan diri dari media sosial untuk tempoh waktu tertentu

5. Melukis atau mewarna

6. Bersenam

7. Menari

8. Mendengar muzik atau lagu kegemaran

9. Meluangkan masa bersama orang yang kita sayang

10. Melihat matahari terbit atau terbenam

11. Menulis daily to-do-list

12. Declutter atau buang barang yang tidak berguna

13. Mandi dan berpakaian kemas walaupun hanya duduk di rumah

14. Mengemas katil sebaik sahaja bangun dari tidur

15. Berehat atau tidur sekejap jika penat

16. Minum air secukupnya mengikut keperluan

17. Menonton rancangan yang boleh menjadikan kita gembira dan bersemangat

18. Tulis apa kelebihan atau kekuatan yang ada pada diri kita

19. Kerap menukar cadar dan sarung bantal supaya dapat tidur dalam suasana yang segar dan wangi

20. Buat aktiviti yang kita suka seperti baking, memasak atau berkebun

21. Susun pakaian dan barangan dalam rumah dengan kemas dan teratur

22. Menonton video lucu seperti video telatah haiwan yang comel

23. Melihat gambar atau video dalam koleksi peribadi kita yang mengandungi kenangan manis

24. Mengemas dan membersihkan keseluruhan ruang rumah

25. Cipta rutin pagi dan malam yang buat kita gembira, seperti bersenam pada waktu dan membaca buku pada waktu malam

26. Menikmati kopi di rumah

27. Pembersihan media sosial, contohnya block mereka yang telah mengganggu emosi kita, unsubscribe email yang tidak lagi diperlukan

28. Menulis jurnal kesyukuran

29. Amalkan teknik deep breathing untuk rasa lebih rileks

30. DIY face mask dengan menggunakan barang yang ada di dapur

31. Belajar sesuatu yang baru

32. Meluangkan masa untuk rutin penjagaan kulit dan rambut

33. Buat baik kepada orang lain

34. Mengamalkan diet yang seimbang

35. Memberikan diri ruang untuk ‘me time’


Kalau ada boleh tambah lagi. Be happy and enjoy your life!