Apa Itu Kecelaruan Personaliti Narsisistik?


Sejak akhir-akhir ini ramai orang bercakap tentang narsisistik selepas isu seorang ayah yang tak bagi kerjasama untuk pendaftaran anaknya di JPN.


Apa itu kecelaruan personaliti narsisistik?

Kecelaruan personaliti narsisistik ialah keadaan kesihatan mental di mana seseorang itu merasakan bahawa mereka ini adalah orang yang penting dan lebih istimewa berbanding orang lain (tanpa sebab yang musabah).

Mereka memerlukan dan mencari terlalu banyak perhatian supaya orang lain kagum dengan mereka.

Orang yang mempunyai personaliti narsisistik adalah kurang sifat empati, iaitu kurang keupayaan untuk memahami atau mengambil berat tentang perasaan orang lain.

Walaupun mereka ini nampak macam terlebih yakin, hakikatnya mereka tidak yakin dengan nilai yang ada pada diri mereka dan mudah kecewa dengan sedikit kritikan.


Image by mohamed_hassan from Pixabay


Orang yang mempunyai kecelaruan personaliti narsisistik akan mengalami pelbagai masalah dalam kehidupan, iaitu dari segi perhubungan, kerja, belajar atau kewangan.

Mereka juga berasa kecewa dan tidak berpuas hati apabila tidak dapat apa yang diperlukan iaitu perhatian dan layanan istimewa.

Orang yang hidup atau berada di sekeliling mereka biasanya tidak selesa dan mungkin agak tertekan. Sebab mereka ini sentiasa fikir diri mereka betul dan merasakan bahawa sikap yang mereka ada itu adalah normal. Jika berlaku masalah dalam kehidupan mereka, orang lain yang akan dipersalahkan.

Kecelaruan personaliti narsisistik ini biasanya bermula pada usia remaja atau awal dewasa, dan lebih tinggi dalam kalangan orang lelaki.


Ada sifat narsisistik tak semestinya orang tersebut mengalami kecelaruan personaliti narsisistik. Kita tidak boleh mengesahkan bahawa seseorang itu ada masalah tersebut. Kecelaruan personaliti narsisistik hanya boleh disahkan oleh mental health professional melalui penilaian dan diagnosis. Selepas itu boleh proceed dengan rawatan seperti terapi.