Menjadi seorang yang teratur dan tersusun adalah satu bentuk self-care. Kita panggil practical self-care.
Practical self-care ni nampak simple. Namun ia adalah asas dalam kehidupan untuk mengelak dari situasi tertekan pada masa hadapan. Contoh aktiviti untuk practical self-care:
1. Membuat jadual harian atau to-do-list, supaya setiap kali bangun pagi kita tahu dan jelas dengan apa yang nak dibuat pada hari tersebut.
2. Menyusun barang-barang secara teratur. Maksudnya setiap barang itu berada pada tempatnya dalam keadaan tersusun. Buang barang-barang yang dah tak guna. Perkara macam ni nampak kecil tetapi besar kesannya pada emosi. Ia menjadikan kita seronok dan tenang.
3. Membuat belanjawan peribadi supaya kita boleh pantau setiap sen yang dibelanjakan. Tak ada la tiba-tiba pening mana la duit aku ni pergi.
Semoga bermanfaat!