8 Jenis Sabun Mandian Untuk Kulit Sensitif


Aku suka mencuba pelbagai jenis sabun mandian. Sekarang aku ada lima jenis sabun mandian berbeza. Hari ni guna yang lain, esok guna yang lain. Entah la seronok betul buat koleksi, macam terapi gitu hehe.

Okay hari ni nak berkongsi tentang jenis sabun mandian yang sesuai untuk orang berkulit sensitif. 

Bab nak membeli sabun mandian ni nampak macam mudah aje kan. Ya mudah bagi orang yang berkulit normal, boleh capai sahaja mana yang berkenan. Tetapi tidak bagi orang yang mempunyai kulit sensitif.

Hal ini kerana ada sesetengah bahan kimia yang terdapat dalam formula sabun mandian boleh menyebabkan kulit merengsa, gatal, dan bersisik.

Okay di bawah ini aku senaraikan beberapa jenis sabun mandian untuk kulit sensitif yang mudah didapati di farmasi atau secara atas talian. Dan ia tidak mengandungi bahan antiseptik atau alkohol.


1. Cetaphil Ultra Gentle Body Wash


Sesuai untuk kulit jenis normal, kering, dan sensitif. Diformulasikan dengan aloe vera, pro-vitamin B5 dan gabungan unik pelembap yang menjadikan kulit berasa bersih, lembut, dan segar. Mengandungi bahan yang dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari. Diuji secara dermatologi dan terbukti secara klinikal sesuai untuk kulit sensitif. Sabun mandian ini adalah bebas paraben dan juga pewangi. 

Dapatkan di Shopee https://shope.ee/1VOhzwqJpw 


2. Dove Body Wash Sensitive Skin

Dove Sensitive Skin Body Wash adalah pencuci badan hipoalergenik yang disyorkan oleh pakar dermatologi dan telah diuji secara klinikal. Ia dapat memelihara kulit sensitif dan dalam masa yang sama masih mengandungi buih yang kita semua suka.

Sabun mandian ini mengandungi formula pembersihan yang lembut. Ia membantu mengekalkan kelembapan pada lapisan kulit, serta menjadikan kulit lebih lembut dan licin selepas mandi.

Dapatkan di Shopee https://shope.ee/4zyaB6GUCW 


3. Sebamed Liquid Face & Body Wash

Sabun dan pembersih dengan pH 5.5 membantu melindungi kulit dari kekeringan, iritasi, alergen, dan mikroorganisma berbahaya. Mengandungi pelembap aktif dengan Pentavitin, vitamin, dan Allantoin untuk melindungi kulit daripada dehidrasi. Ia juga mengandungi bahan aktif pembersihan yang sangat lembut, sekaligus dapat membersihkan pori secara lembut dan mendalam.

Telah diuji secara dermatologi dan klinikal. Sesuai untuk kulit sensitif dan bermasalah.

Dapatkan di Shopee https://shope.ee/8ersY7UrGC 


4. Aveeno Skin Relief Body Wash

Aveeno Skin Relief Body Wash mengandungi formula bebas pewangi. Ia dapat membersihkan dan melembapkan kulit secara lembut, serta membantu melegakan kulit yang gatal dan kering. Ia juga dapat membantu menjadikan kulit lebih lembut, licin, dan kelihatan sihat selepas mandi.

Skin Relief Body Wash jenama AVEENO ini adalah bebas sabun, bebas pewarna, bebas pewangi, dan hipoalergenik. Jadi ia cukup lembut untuk kulit sensitif.

Dapatkan di Shopee https://shope.ee/3AWw088y1I


5. VANICREAM Gentle Body Wash

Mengandungi formula yang berkesan namun lembut untuk menghilangkan kotoran dan minyak tanpa mengeringkan kulit. Menjadikan kulit berasa bersih dan lembut. Sesuai untuk kegunaan harian pada tangan dan badan.

Diformulasi untuk kulit sensitif. Bebas sabun. Tiada ekstrak botani atau minyak pati. Bebas sulfat. Bebas gluten. pH yang seimbang. Telah diuji oleh pakar dermatologi. Mesra kanak-kanak. Mendapat anugerah National Eczema Association Seal of Acceptance.

Dapatkan di Shopee https://shope.ee/AK06XYEbUR 


6. Eucerin pH5 Shower Oil

Eucerin pH5 Shower Oil telah dicipta khas dengan bahan yang sesuai untuk membersihkan kulit kering dan sensitif. Ia juga dapat melindungi sistem pertahanan semula jadi kulit dan memelihara daya tahannya. Kaya dengan minyak semulajadi yang membuatkan kulit lembut, dan menghalangnya daripada kering walaupun dengan penggunaan yang kerap. Bebas daripada sabun alkali. Melindungi mikrobiom (mikroorganisma) kulit dengan pembersihan yang lembut.

Keberkesanan produk ini telah dibuktikan melalui kajian klinikal dan dermatologi. Ia sangat baik untuk kulit kering dan sensitif. 

Dapatkan di Shopee https://shope.ee/8pBIl4nGOT 


7. Cerave Hydrating Body Wash


Cerave Hydrating Body Wash ialah pembersih berbuih yang mengandungi seramida dan asid hyaluronik. Ia membersihkan kulit secara lembut dan mengekalkan kelembapan.

CeraVe Hydrating Body Wash dibangunkan bersama pakar dermatologi untuk membersihkan dan menyegarkan kulit sambil memulihkan lapisan semulajadi kulit. Formula pembersih yang lembut ini sesuai untuk kulit normal hingga kering. Bebas sabun dan sulfat.

Dapatkan di Shopee https://shope.ee/5KbQbBmIsN 


8. La Roche Posay Lipikar Syndet AP+ Anti-Irritation Body Wash

Lipikar SYNDET AP+ ialah krim pembersih untuk bayi baru lahir, bayi, kanak-kanak, dan orang dewasa dengan kulit yang merengsa. Sesuai untuk kulit sensitif, gatal, dan juga sesuai untuk kulit kepala bayi. Formula pembersih badan yang sangat lembut ini diperkaya dengan Shea Butter dan Niacinamide, ditambah dengan Aqua Posae Filiformis, iaitu bahan aktif yang eksklusif.

Syndet AP+ dapat membantu mengurangkan kekeringan yang teruk. Ia juga bebas sabun, bebas pewangi, dan bebas paraben.

Dapatkan di Shopee https://shope.ee/7KMUwVTc8s