Sebagai seorang kaki media sosial tegar dan pencinta makanan sejati, macam-macam jenis makanan yang aku nampak duk lalu lalang sampai teringat selagi tak dapat haha.
Okay hari tu aku nampak di TikTok ada satu gerai cocktail cedok di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Gerai tu baru buka, panjang betul orang beratur. Walaupun teringin tapi sebab aku ni bab-bab beratur sangat sangat sangat lah malas, maka aku pendam dulu keinginan itu.
Rancangnya nak pergi tunggu keadaan reda sikit. Selepas seminggu macam tu ke.
Tak lama kemudian, masa aku tengah scroll Instagram ternampak ada orang berniaga cocktail cedok di Bandar Mahkota Cheras.
Wehhh bukan main seronok sebab dekat dengan rumah haha. Waktu aku nampak tu sudah malam, jadi terpaksa tunggu esoknya baru boleh beli. Alhamdulillah esoknya gerai tu buka, dapatlah aku melepaskan keinginan teka ni haaa.
Secara keseluruhannya aku berpuas hati. Sebab boleh cedok sendiri buah ikut suka hati kita. Kuah cocktail tu pun sedap, rasa berlemak, dan kurang manis. Memang ngam la, makan pula sejuk sejuk.
Okay kepada sesiapa yang tinggal di kawasan berdekatan, nak merasa cocktail cedok, boleh datang ke Seksyen 9 Bandar Mahkota Cheras. Gerai tepi jalan, dekat dengan pasaraya NSK.