Tidak pernah berputus asa dalam mengejar matlamat.
Ini ayat yang agak cliche. Namun begitu, ramai orang yang agak struggle dalam usaha untuk mencapai matlamat, termasuk aku sendiri.
Nak jadi orang baik, fokus.
Nak jadi pekerja cemerlang, fokus.
Nak buat untung bersih 1000 sehari, fokus.
Nak ada simpanan peribadi RM1 juta, fokus.
Nak hidup bebas hutang, fokus.
Fokus pada tindakan yang boleh membantu kita untuk mencapai matlamat tersebut.
Kalau tak mampu berlari, kita boleh pilih untuk berjalan. Kalau tak mampu berjalan, kita boleh merangkak. Buatlah walau terpaksa seret kaki sekalipun.
Jadi jika kita sayang diri, fokus pada perkara yang boleh buat kita gembira. Sebab bila kita dapat capai target atau matlamat, kepuasan dan kebahagiaan itu hanya kita yang boleh rasa perasaan itu macam mana. Tak perlu berlumba dengan orang lain. Fokus di atas jalan atau landasan kita sendiri dan buat ikut kemampuan kita.
Okay lagi satu. Setiap orang ada timeline yang berbeza. Tak semestinya orang ni beli rumah pada usia 30 tahun, kita pun mesti beli rumah pada usia yang sama. Tak semestinya orang ni kahwin pada usia 25 tahun, kita pun mesti kahwin pada usia yang sama. Tak semestinya orang yang gaji 3000 beli kereta Honda, kita yang gaji 6000 ni kena beli kereta yang sama.
Hanya kita yang tahu apa yang kita mahu dalam hidup.