“Kita tak boleh kawal apa yang berlaku di sekeliling kita, tapi kita boleh kawal apa yang berlaku dalam diri kita”
Ini yang aku pegang dalam setiap apa yang aku buat supaya hidup tenang dan gembira.
Team bisnes tak bersungguh, duduk dalam group sekadar menjadi cctv. Ya dipersilakan keluar. Kau tak minat nak buat betul-betul, aku pun tak minat nak tolong orang macam ni. Haaa gitu divanya aku kahkah.
Itu dulu la masa bisnes bersama team. Sekarang aku gerak sendiri sebab dah tak sempat nak fokus coaching team. Jadi leader ni tanggungjawab besar. Kalau dah tak boleh bagi komitmen untuk lead team, baik kita lepaskan.
Begitu juga apabila kita bermain di ‘padang’ media sosial. Kita tak boleh kawal apa yang orang lain tulis walaupun kita tak suka. Tapi kita boleh kawal diri dengan tidak melihat semua itu. Kita ada pilihan untuk unfriend, unfollow, atau block.
Ini tak, mulut meratib benci, menyampah, meluat, tapi setiap hari stalk nak tahu, nak baca. Lepas tu diri sendiri yang sakit hati. Hahaha.
Orang yang kenal aku di luar tahu yang aku sangat tegas dengan prinsip dan pendirian. Namun begitu, aku seorang yang memahami, ada rasa empati, dan ada toleransi bergantung kepada keadaan.
Jadinya banyak urusan menjadi mudah dan aku pun tak serabut nak fikir kenapa jadi macam gitu, kenapa jadi macam gini. Membuang masa sahaja, sedangkan banyak lagi urusan lain yang kita nak buat.
Sebab itu jika ada yang datang mengadu sakit hati dengan orang itu, sedih dengan orang ini. Apa yang boleh aku kata adalah fokus pada diri sendiri dan bahagiakan diri sendiri.
Kita tak boleh kawal orang lain. Tapi jika kawal diri sendiri, insya Allah apa yang ada di sekeliling kita akan turut terkawal.