Hari ini adalah hari pertama aku reset diri dengan memulakan rutin dan cabaran baru.
Lepas balik dari bercuti tu aku study balik apa nak buat untuk capai matlamat yang satu ini. Matlamat peribadi yang agak besar, iaitu berkaitan kewangan. Ada setahun lagi masa untuk aku capai matlamat tersebut.
Salah satu cabarannya ialah aku kena membaca buku setiap hari walaupun sikit. Sebelum ni aku membaca ikut suka hati. Waktu sibuk langsung tak membaca.
Maka, aku mula balik dari kosong. Aku baca balik buku yang dah pernah aku baca sebelum ini. Aku nak habiskan semua buku yang ada sebelum beli buku baru.
Apa kaitan membaca dengan pencapaian matlamat? Tak ada apa pun. Saje mencabar diri supaya sel otak terus berhubung dengan aktif. Kalau tak boleh lemau jadinya, macam keropok masuk angin.
Buku Mudahnya Menjemput Rezeki ni walaupun dah lama, tapi masih ada di pasaran. Boleh dapatkan di Shopee. Ada Siri 1 dan Siri 2. Aku ada kedua-dua siri buku ni.
Klik link ni https://shope.ee/8esODk63ak