Bisnes Boleh Berubah Dengan Ilmu


Nak upgrade results, tindakan juga kena ikut upgrade sekali. Itulah gunanya ilmu, tak kira dalam bidang apa sekali pun.

Lebih kurang satu bulan lagi kita akan meninggalkan 2022. Macam mana, puas hati ke dengan pencapaian setakat ini? Saya? Kalau ikut nafsu dunia memang tak akan rasa cukup haha. Apa pun syukur alhamdulillah.

Saya kagum tengok mereka yang ada anak, ada suami, sanggup berkorban masa, dan tenaga untuk belajar ilmu bisnes. 

Kalau jauh atau ada kekangan, mereka sanggup korbankan masa untuk belajar secara online. Dan terus bertindak. Jadi tak hairanlah income pun makin lama makin naik. Mereka ini ada yang saya jadikan sebagai sumber inspirasi.

Apabila ada ilmu dapat menjadikan kita lebih confident untuk bergerak dan membuat keputusan. Kalau jatuh sekalipun kita boleh bangkit cepat-cepat.



Dalam bisnes jatuh bangun adalah perkara biasa. Kalau ilmu zero memang tergolek la kau kat situ, tak tau nak berpaut kat mana. Lama ambil masa untuk kembali bangkit.

Mana yang masih duduk bersantai dalam zon selesa, tak nak upgrade ilmu, malas atau lambat bertindak, cepat-cepat la insofff sebelum kamu diinsofffkan huhu.

Tidak ada sesiapa yang boleh ubah kehidupan kita melainkan diri kita sendiri. Dan Allah tak akan ubah nasib kita kalau kita sendiri tak berusaha untuk mengubahnya.

Ahgitewww pepagi lagi missnick dah membebel panjang. Sekian terima kasih.