Berhenti Membandingkan Hidup Kita Dengan Orang Lain


“Bestnya tengok hidup orang tu. Cantik, educated, dan berduit. Kenapa hidup aku tak macam tu?”

“Bestnya tengok mereka suami isteri. Bahagia je, suaminya selalu belikan hadiah untuk isteri. Kenapa suami aku tak pernah belikan aku apa-apa?”


Kenapa jadi begitu? Sebab kita suka bandingkan hidup kita dengan orang lain.

Jadi macam mana nak berhenti membandingkan hidup kita dengan orang lain? Haaa sila baca sampai habis.

Masalah banding membanding ni dah lama sebenarnya, dulu-dulu lagi. Ia makin ketara sejak ada media sosial.

Kita asyik scroll sosial media tengok life orang sampai bagi kesan negatif kepada emosi. Kita rasa kita lah manusia paling malang atas dunia ni. Lepas tu mula la sedih dan fikir macam-macam.


Sedangkan apa yang dipamerkan di media sosial bukan tentang keseluruhan hidup orang tu. Biasanya orang pilih apa yang dia nak tunjuk. Tak semestinya kita nampak dia cantik, selalu makan sedap, nampak bahagia, ceria, positif, maknanya itu aje yang dia lalui setiap masa, setiap hari. Takkk!

Ada waktu dia serabai serabut tak ada mood, ada waktu dia letih, ada waktu dia terpaksa catu duit jadi tak boleh makan sedap, ada waktu dia bergaduh suami isteri. Cuma tak tunjuk di media sosial.


Image by StockSnap from Pixabay


Berikut adalah tips yang kita boleh buat untuk hentikan semua ini dan kembali menghargai diri sendiri.


1. Tukar fokus kita dari luaran ke dalaman. Maksudnya jangan sibuk tengok kelebihan orang lain. Tengok dan perhatikan diri kita. Manfaatkan sebaiknya nilai dan kelebihan yang kita ada.

2. Hadkan masa melihat media sosial. Kalau tak ada kerja dan tak ada tujuan, tak perlulah scroll semua tu sampai berjam-jam. Fokus pada perkara lain yang lebih penting.

3. Jadikan kejayaan orang lain sebagai inspirasi. Tengok bagaimana dia handle ups and downs hidup dia. Macam mana dia kerja keras untuk ubah hidup.

Tak perlu tengok atau unfollow orang yang jenis suka menayang seolah hidup ini perfect seratus peratus, tidak ada cacat cela.

4. Kena ingat makna kejayaan setiap orang tak sama. Walaupun kita kejar benda yang sama, tapi perjalanan, tahap kepayahan dan pengalaman setiap orang berbeza, yang akan menghasilkan results yang berbeza.

Orang yang kita tengok sangat wowww itu kita tak tahu bagaimana keadaan mereka di belakang kita, mungkin kita pun tak sanggup nak hadap kesusahan yang mereka hadap.

5. Raikan bukan bandingkan. Raikan setiap langkah kita untuk sampai ke tahap yang kita ada sekarang. Itu adalah kejayaan kita.

Maksudnya kita pandang apa yang kita ada, kita berlari atas track sendiri. Apa sahaja yang berlaku kita terus fokus dengan apa yang kita nak, jangan sibuk nak pandang kiri kanan. Ini akan buat kita sentiasa happy, bahagia, ceria, berani hadap cabaran, dan terus positif.


Semoga bermanfaat dan dapat membantu kalian yang tengah bergelut dengan masalah seperti di atas.