Jaga kesihatan mental dengan memberikan kata-kata yang positif pada diri.
Kajian menunjukkan bahawa bagaimana kita berfikir tentang diri sendiri dapat memberi kesan yang kuat ke atas perasaan kita. Maksudnya apa sahaja yang kita fikir (secara berterusan) boleh mempengaruhi emosi kita.
Apabila kita melihat diri dan kehidupan kita secara negatif, kita akhirnya akan melalui pengalaman yang sedemikian.
Jadi apa yang perlu dibuat? Sentiasa latih diri dengan mengucapkan kata-kata yang positif, kerana ia dapat meningkatkan harga diri dan kekuatan peribadi kita.
Contoh kata-kata negatif, "Saya seorang yang malang. Saya tidak akan dapat mengubah taraf kehidupan kerana saya tidak ada pendidikan yang bagus."
Contoh kata-kata positif, "Walaupun saya tidak mempunyai pelajaran yang tinggi, itu tidak bermakna saya mesti berada pada tahap tersebut sampai bila-bila. Saya mampu tingkatkan taraf kehidupan dengan menggunakan ilmu dan kemahiran yang saya ada.”
Bukan ke ada beza dari segi perasaan apabila membaca dua contoh ayat di atas. Perkataan positif dapat membantu kita melihat bahawa dunia ini sangat luas dan seronok untuk diterokai.
Semoga dapat sesuatu dari perkongsian ini.