Saya Ada Panic Attack. Adakah Saya Mengalami Kecelaruan Mental?


Soalan: Saya ada ‘panic attack’ (serangan panik). Adakah saya mengalami kecelaruan mental?



Tidak. Panic attack bukan sejenis kecelaruan mental.

Panic attack adalah salah satu simptom yang wujud dalam beberapa jenis kecelaruan mental seperti kecelaruan kebimbangan (anxiety), kemurungan, kecelaruan stress pasca trauma (PTSD), dan lain-lain.


Kebanyakan orang akan mengalami panic attack dalam kehidupannya walaupun sekali, dan ketakutan itu akan berlalu pergi apabila situasi yang menyebabkan tekanan itu berakhir. Hal ini normal.

Jika panic attack itu berulang, berlaku tanpa dijangka, dan selalu sangat berada dalam keadaan panik dan kebimbangan, anda mungkin mengalami masalah kesihatan mental. Hal ini tidak normal.

Kecelaruan mental atau masalah kesihatan mental hanya boleh disahkan oleh psychiatrist sahaja. Kita tak boleh buat diagnosis sendiri walaupun mempunyai semua simptom yang berkaitan.


Ada seseorang yang aku kenal di media sosial ni, sering mengadu tentang masalah dia pada aku. Sepanjang dia bercerita tu aku nampak yang dia macam ada simptom panic disorder yang teruk. Alhamdulillah dia percayakan aku walaupun tak pernah berjumpa. Jenuh juga la pujuk dan guide untuk dia pergi hospital. Then tak lama tu dia pergi hospital, diagnosis dengan anxiety disorder.

Sesiapa yang kerap mengalami panic attack tidak boleh ambil ringan ya, terus buat pemeriksaan supaya rawatan segera boleh dilakukan mengikut masalah yang dihadapi. Hal ini penting supaya kita dapat hidup dengan tenang dan bebas dari tekanan yang negatif.
Image by OpenClipart-Vectors from Pixabay