Berhenti Memalukan dan Menghukum Pesakit Mental


Perbuatan memalukan orang lain bukan hanya melibatkan fizikal, contohnya ‘body shaming’.

Selain itu ada juga ‘mental shaming’. Perkara macam ini terjadi disebabkan kurang kesedaran dalam masyarakat.

Mereka yang mengalami kecelaruan mental akan lebih mudah ‘hidup’ bersama penyakit itu apabila orang berhenti membuat judgmental tentang masalah tersebut.


Berhenti memalukan dan menghukum mereka yang:


1. Menunjukkan simptom penyakit mental.

2. Mengambil ubat untuk rawatan mental. Tak payah nak menyibuk atau tanya lebih lebih, atau mengejek mereka. Contohnya, “Eh kau dah ambik ubat belum ni? Nampak macam tak betul je!”

3. Sedang menjalani terapi kesihatan mental. Contohnya di tempat kerja. Apabila ada staff atau rakan sekerja yang minta cuti untuk pergi terapi, sila bagi sokongan.

Sebab ada sesetengah orang dia tak faham atau kurang kesedaran. Siap ada yang perli, “Macam la hari lain tak boleh pergi, bukannya sakit kronik pun.” Menyebabkan mereka ni jadi takut nak minta cuti.

Dan ada juga yang tidak mendapat sokongan dari ahli keluarga. Katanya dah banyak kali pergi terapi tapi tetap macam tu juga. Tahukah anda bahawa masalah mental ini boleh relapse bila-bila masa je.

4. Berulang kali sakit ketika dalam proses pemulihan. Seperti yang saya tulis dalam point yang ketiga, walaupun dalam proses pemulihan ia tetap ada waktu relapse. Namun begitu, sekurang-kurangnya ia dalam pantauan mereka yang pakar dalam bidang berkenaan.

5. Menggunakan kaedah rawatan yang berbeza berbanding kita. Kecelaruan mental ni satu perkara yang agak kompleks. 

Walaupun nama penyakit sama, tapi mungkin kaedah rawatan yang berbeza. Jadi tak perlu persoalkan kenapa begitu begini dan anggap cara kita sahaja yang paling bagus.

Image by Jan from Pixabay


Berhenti memalukan dan menghukum mereka yang:


6. Mengalami trauma masa lampau. Setiap orang mempunyai pengalaman masa lampau yang berbeza. Ketahanan mental mereka juga berbeza. Ada yang okay, ada yang sebaliknya. Jadi tak perlu bandingkan dengan diri sendiri, kawan, jiran, dan lain-lain.

7. Menggunakan lawak jenaka untuk meredakan ketegangan yang sedang dialami. Ya ada sesetengah orang dia suka buat lawak untuk menceriakan diri sendiri dan menutup kesedihan yang sedang dihadapi.

8. Mempunyai parut akibat perbuatan mencederakan diri sendiri.

9. Pernah berniat atau pernah cuba untuk membunuh diri.

Di media sosial biasa nampak situasi begini. Apabila ada yang berkongsi pengalaman bahawa dia pernah cuba nak membunuh diri, mesti akan ada makhluk sesat yang menulis komen berbaur negatif.

10. Secara terbuka bercerita kisah kecelaruan mental yang dialami. Ini pun sama macam point di atas, akan ada suara yang menghukum katanya mengada ngada, tak kuat iman, dan sebagainya.

11. Berahsia dan tidak bersedia untuk bercerita secara terbuka tentang masalah kesihatan mental. Haaa yang ini kalau orang tak nak bercerita jangan pula kita sibuk nak paksa dia. Ada sebab orang tak nak cerita.


Berhenti memalukan, berhenti menghukum, dan berhenti mengejek. Buka minda, banyakkan membaca, mendengar, dan memahami. Didik diri supaya lebih empati. Jika tak ada benda baik yang kita nak cakap, adalah lebih baik kita diam sahaja. 

It’s okay to not be okay. Just don’t give up!