Bercuti di Villaku Residence, Balok, Kuantan, Pahang


Okay jom kita sambung cerita cuti-cuti Pahang. Part sebelum ni ada di sini Singgah Makan di Pizza Anak Dol - Pizza Kayu Api Jerantut


3 hari 2 malam menghabiskan masa riang ria di Jerantut, tempat yang bagi aku sangat tenang serta damai, dan tidak sesak dengan pembangunan.

Pada 28 Mac 2022, selepas sarapan pagi makan nasi dagang Terengganu di rumah makcik suami, kami balik ke homestay dan bersiap untuk bertolak ke Kuantan pula.

Kami berada di sana selama 3 hari 2 malam, dan menginap di Villaku Residence, Balok, Pahang.


Villaku Residence dibina di atas tanah persendirian yang menghadap Laut China Selatan. Villa ini ada dua buah yang terletak bersebelahan. Memang tak menyesal dan tak bosan sepanjang berada di sana.

Persekitarannya sangat aman dan tenang. Memang aku tak keluar ke mana-mana pun. Duduk aje kat dalam villa tu haha. Keluar pun dalam kawasan sekitar tu je, duduk lepak tengok laut yang terbentang luas di depan mata.

Sesiapa yang nak merasa tinggal di kediaman tepi pantai boleh la datang menginap di Villaku Residence, Balok, Kuantan, Pahang.

Dapur untuk memasak yang lengkap dan moden. Feeling orang kaya betul waktu berada di dapur hahaha. Ye lah mana aku tak feeling macam tu, dengan dapurnya menghadap kolam renang, taman, dan laut. Sempat la aku berangan nanti nak ada dapur macam tu. Yesss berangan itu percuma kikiki!

Marilah kita layan gambar bersama penerangannya. Ini pertama kali aku masukkan gambar yang banyak dalam satu posting blog.



Kami orang pertama yang sampai. Apa lagi masuk je terus ambil gambar sana sini. Ini pemandangan dari pintu masuk villa. Sepanjang hallway ini adalah di mana terletaknya enam buah bilik tidur dan bilik mandi pun ada enam juga.

Bilik kami nun di sana, bilik kedua paling hujung. Tiga bilik paling depan menghadap taman. Tiga bilik yang hujung menghadap kolam renang.



Lepas tu kita ambil pula gambar menghala ke pintu masuk villa. Belah kanan yang dekat dengan lukisan tu adalah bilik tidur. Basikal pun ada disediakan secara percuma untuk yang ingin berkayuh di kawasan sekitar. Tapi aku tak naik pun basikal tu, malas haha. Bersiar-siar di kawasan villa dengan berjalan kaki je.



Kedua-dua buah villa mempunyai kolam renang sendiri. Jadi tak ada nak kongsi kongsi dengan unit villa yang lagi satu tu.

Kolam renang pun besar. Yang nampak dinding penghadang tu kawasan bilik tidur. Sesiapa yang dapat tiga bilik tidur paling hujung, nak mandi kolam boleh terus terjun ikut pintu bilik je.

Kami berdua sampai paling awal, mesti la kami pilih bilik tidur yang menghadap kolam hehe.



Lagi pemandangan menghadap kolam, taman yang menghijau, dan laut yang terbentang luas. Best sangat lepak di bahagian sini, dengan angin yang fuhhh menyapu muka. Gituuu.



Yang nampak putih depan sana tu adalah pantai. Dekat sangat.



Inilah tempat lepak baring baring mencari ketenangan.



Ruang tamu tempat lepak berehat sambil menonton televisyen.



Okay ini gambar ruang tamu yang diambil dari bahagian lain.



Ini pun tempat untuk lepak bersantai juga. Villa ni memang besar ya. Mana yang ada anak-anak kecil tu sesuai la boleh berlari bebas ke sana sini.



Ini gambar aku tengah feeling orang kaya, minum kopi sambil menghadap pemandangan. Feeling aje lah haha. Dan bukan tengah minum kopi pun, minum susu. Boleh laaaa, bila lagi nak feeling macam gini kan.



Ruang makan makan. Meja makan ni besar, ada 12 kerusi. Kalau tak nak makan kat dalam, boleh makan kat luar. Tepi kolam renang ada tiga buah meja kalau tak silap aku la.



Aku suka sangat konsep dapur macam ni. Dapur terbuka seluas mata memandang, ada pengudaraan yang baik, dan cahaya semulajadi. Kitchen island tu ada built-in induction cooker dan juga sinki tempat cuci segala perkakas dapur. Aku suka sebab waktu kita memasak atau mencuci pinggan mangkuk, kita akan nampak pemandangan luar yang sangat cantik, nyaman, dan tenang.

Dapur ini juga dilengkapi dengan peti sejuk yang besar gedabak. Bukan itu je peti sejuk tau. Ada satu lagi peti sejuk dua pintu kat bahagian tepi dinding sebelah kiri tu, lupa nak ambil gambar.

Dapur ini juga lengkap dengan oven dan microwave. Pinggan, mangkuk, sudu garfu, pisau, periuk, kuali, senduk pun ada. Kiranya cukup lengkap semua peralatan untuk memasak, makan, dan minum.

Nak minum air masak? Nak buat air panas? Penapis air jenama Coway ada disediakan. Boleh nampak dalam gambar, yang warna putih sebelah kanan tu.



Meja pool pun ada. Siang malam meriah dengan pemain. Aku pun pertama kali cuba bermain pool. Terkial-kial okay sebab tak biasa haha. Selepas beberapa kali cuba baru la elok sikit, sikittt je la.

Sebelah meja pool tu ada meja foosball. Itu pun sama meriah, dari budak-budak sampai ke orang dewasa main. Mak dan ayah mentua aku pun join main sekali. Meja foosball ni la yang paling bising. Suara penyokong dengan pemain sama naik rancaknya hahaha.



Ini adalah pemandangan kolam renang dari bilik yang aku duduk. Setiap bilik ada kerusi di bahagian luar, jadi boleh la lepak santai kat situ. Bagi yang duduk di bilik yang menghadap kolam renang, kalau nak mandi boleh terjun melalui bilik je. Ada tangga untuk turun dan naik.



Malam kedua kat sana kami ada buat BBQ. Dapur BBQ juga ada disediakan. Lupa pula nak ambil gambar waktu tengah bakar membakar malam tu. Tapi inilah ruang BBQ. Dapur BBQ ada kat tepi tu, menyorok pulak dia.



Ini gambar terakhir. Dan ini je gambar makanan yang sempat aku ambil. 

Gambar makan makan waktu malam pertama di sana pun tak ambil. Yang aku ingat malam pertama tu masak nasi, bakar ikan, lepas tu apa lagi entah lupa. Maklum la kejadiannya bulan Februari, sekarang dah bulan Oktober hahaha. Untuk makan malam memang masak sendiri je. Siang hari beli makanan dari luar.


Jadi sesiapa yang inginkan percutian yang damai, tenang, dan privasi, boleh la menginap di Villaku Residence yang terletak di Balok, Kuantan, Pahang. Sangat berbaloi terutamanya untuk keluarga besar. Sebab ruangan dalam villa yang besar dan selesa, serta lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti berada di rumah sendiri.