Pelajaran Dari Sejarah Terdahulu


Aku dulu tak suka belajar pasal sejarah. Sebab rasa terlalu berat, banyak fakta dan peristiwa yang perlu diingat. Waktu exam subjek sejarah masa sekolah dulu, huaaa stress okay stresss hahaha. 


Selepas bekerja, aku belajar balik tentang sejarah Malaysia. Belajar tentang zaman penjajahan, belajar tentang perjuangan pahlawan Tanah Melayu dulu. Tentang kegagalan, yang seterusnya berakhir dengan kejayaan mendapatkan kemerdekaan.


Sebenarnya ada pengajaran yang kita boleh ambil. Apa dia? Keberanian. Tidak mempunyai rasa takut. Semoga kita dapat terapkan jiwa pahlawan dalam diri untuk berjaya dalam kehidupan peribadi, kerjaya atau bisnes.


Fokus kepada matlamat. Orang nak cakap apa pun cakap la, usah gentar. Apa sahaja halangan di hadapan, redah sahaja, jangan sesekali berundur selagi belum dapat apa yang kita inginkan.


Image by Deirdre Weedon from Pixabay