“Kalau saya dilahirkan dalam keluarga yang kaya takde la saya hidup susah macam gini.”
“Kalau saya belajar pandai mesti saya dah dapat kerja yang best dan gaji tinggi.”
“Kalau saya kurus dan cantik mesti lebih bahagia hidup saya.”
Setiap kali kita berfikir tentang masalah sehingga menyebabkan kita tertekan dan murung, sebenarnya pemikiran itu adalah masalahnya.
Kita terpengaruh dengan perkara di luar sana hingga diri kita seolah-olah dikawal olehnya.
Kita sering mengharapkan perkara di luar sana berubah terlebih dahulu sebelum kita dapat berubah. Semua itu tidak akan berubah kerana ia di luar kawalan kita.
Untuk keadaan berubah, terlebih dahulu kita yang kena berubah. Jangan tunggu orang berubah, nanti kita yang akan sakit dan menderita.
Apa kata kita tukarkan ayat di atas seperti di bawah.
“Saya dapat menjadi orang kaya dengan cara...”
“Saya dapat menjadi orang bijaksana dengan cara…”
“Saya dapat menjadi seorang manusia yang bernilai dengan cara…”
“Saya dapat menjadi seorang yang bahagia dengan cara…”
Dapat sesuatu? Semoga bermanfaat, insya Allah.