Ilmu dan Usaha


Ilmu dan usaha perlu seiring untuk terus survive dengan bergaya dalam hidup.

Nak berjaya kena ada ilmu. Tak semestinya ilmu akademik. Jika tak ada ilmu tak ketahuan la jadinya, langgar sana langgar sini.

Belum lagi cerita bab masuk longkang, terjun gaung tu semua. Tak kata kat orang lain, aku dulu pun macam gitu la. Sekarang dah cerdik sikitttt haha.


Sudah ada ilmu tu janganlah duk buat pekasam ye dok. Cukuplah ikan je yang jadi pekasam. 

Guna ilmu yang kita pelajari sebaik mungkin. Beramal dengan ilmu, insya Allah kita tak akan rugi di dunia dan juga akhirat.


Pastikan ilmu itu adalah ilmu yang baik, berkat, dan diredhai Allah. Bukan ilmu yang menjahanamkan hidup kita, kerana ada ilmu yang awalnya nampak manis dan berhasil, tapi dalam diam sedang ‘makan’ mental dan jiwa kita.

Berhati-hati dengan apa sahaja ilmu yang kita belajar. Pastikan ia berada di landasan yang betul. Selalu minta supaya Allah menjaga langkah kita sepanjang mencari dan menuntut ilmu. Insya Allah.


Image by Lubos Houska from Pixabay