Dengar Boleh Tapi Tak Perlu Ikut Semua


Amin datang bagitahu, “Eh kau kena berpindah ke TikTok. Senang nak bisnes. Sana tengah hot sekarang ni. Konsisten buat konten sekejap je boleh dapat ramai followers.”

Elis pulak datang, “Eh orang dah tak pakai email marketing sekarang ni. Dah tak berkesan, susah nak convert kepada jualan. Orang bukan baca pun.”

Jumpa Fadli, dia cakap, “Kau kalau nak jualan meletop kebabom kena guna FB Ads atau IG Ads.”

Muncul pulak Amina, dia kata “Kau kalau nak buat orang suka, nak tarik orang baca penulisan kau, tulis kena lembut lembut, ada emosi sedih bagi orang tersentuh dan rasa simpati.”


Pasal penulisan beremosi tu takkan nak dibuat buat, tak sampai jadinya. Kalau aku la memang aku tak baca sampai habis, tak boleh nak feel. Kalau cerita sedih yang tak dibuat buat, boleh meleleh air mata okay.

Jadi bab penulisan ni, apa yang aku rasa pada waktu itu, itulah yang aku ekspresikan dalam penulisan. Sama ada sedih, geram, gembira, marah, dan sebagainya. Asalkan tak mencarut dan maki hamun orang dah la.

Pasal TikTok, YouTube, video marketing, email marketing, FB live, IG live, FB ads, IG ads, dan lain-lain kaedah marketing, buatlah ikut kemampuan. Kalau mampu buat semua, jadi buatlah semua. Kalau tak mampu, pilih yang mana sesuai dan berkesan untuk kita.

Ada orang boleh buat berjuta hanya dengan menggunakan satu atau dua platform sahaja, sebab dia betul-betul fokus maksimumkan penggunaan platform tersebut. Dia tahu cara tersebut sesuai dan berkesan untuk dia.


Apabila melibatkan kaedah marketing, tidak ada betul atau salah, sebab yang kita nak tengok adalah hasil dari kaedah tersebut.

Dengar boleh tapi tak perlu ambil semua. Nanti yang peningnya kita sebab tak tahu nak ikut yang mana satu. Tak tahu nak buat yang mana dulu. Sekejap nak buat kaedah itu, sekejap nak buat kaedah ini.

Lepas tu semua tak menjadi sebab hilang fokus. Buat satu persatu, kalau menjadi okay teruskan, kalau tak menjadi, move on dan buat yang lain.


Kebanyakan orang akan mengatakan cara dia adalah yang terbaik. Tapi kena ingat, what work for you, won’t necessarily works for me. Menjadi pada awak, tak semestinya menjadi pada saya. Begitu juga sebaliknya.

Do whatever works for you. Don’t listen to everyone. Pick and choose a few only.


Nota kaki: Aku dulu pun macam tu juga. Semua nasihat dan pendapat aku proses masuk dalam kepala, semua nak cuba. Last last aku yang pening. Sekarang tidak lagi.


Image by Thomas Ulrich from Pixabay