Cuba Salted Caramel Chocolate di ZUS Coffee


Semalam pertama kali aku masuk ZUS Coffee. Itu pun kebetulan pergi kedai MR.DIY, sebelahnya tu ada outlet ZUS Coffee. Jadi alang-alang tu masuk la tengok apa menu yang menarik perhatian mata dan tekak aku.

Outlet yang aku pergi ni di Jasin Bestari, Melaka. Punya la banyak outlet ZUS Coffee ni di Kuala Lumpur dan Selangor, outlet yang di Melaka juga aku masuk hehe. Oh ya, aku ada di Melaka dari Jumaat sampai semalam (Ahad).

Sebenarnya aku tak tahu nak order air apa. Jadi aku tanya staff kat situ air coklat mana yang dia boleh recommend kat aku. Jadi dia cadangkan untuk cuba Salted Caramel Chocolate.

Aku pilih coklat sebab aku ni penggemar coklat, coffee aku kureng sikit.



Sedap tak air Salted Caramel Chocolate tu? Yes sebagai penggemar dark chocolate, ia sedap untuk tekak aku. Airnya tak manis dan ada rasa pahit pahit coklat.

Lepas tu aku ada order Summer Berries Cheese Cake. Sedap tak? Yes sedap! Kek lembut je, rasa lemak berkrim cheese dan rasa masam masam berries. Memang ngam dengan selera aku. Tengok di website, kek ini adalah antara bestseller menu di ZUS Coffee. Rasa macam kek homemade yang premium gitu.


Kalau nak tahu, ZUS Coffee juga ada kedai di Shopee. Sesiapa yang nak beli barang dari ZUS Coffee boleh tekan link ni okay - https://shope.ee/9p2tY2tOBE