Tidak Perlu Tunggu Sempurna Untuk Bermula


Tiba-tiba rindu saat kemunculan pertama MissNick Kitchen. Inilah rupa packaging masa awal-awal buat bisnes cookies dulu, awal tahun 2017. Sticker pun tak ada uols time ni hahaaa hentam saje la labu. Sekejap aje la cookies tak berbaju. Lepas tu terus pergi buat sticker.

Mula-mula guna bekas penutup merah. Lepas tu tukar bekas yang penutup hitam, asyik habis stok aje bekas yang tu. Lepas tu tukar ke penutup putih sampai sekarang. Ku putih ku putih barulah putih. Eh tiberrr!




Kepada kawan-kawan yang baru mula nak berniaga, nak mencari sumber pendapatan tambahan, nak baiki taraf kehidupan, nak mulakan sesuatu yang baru, atau apa sahaja lah. Pesanan saya, tak perlu tunggu sempurna untuk bermula. Mulakan sahaja dengan apa yang ada di tangan pada ketika itu. Kemudian perlahan-lahan improve. Hasilnya kita akan nampak kemudian. Janji terus berani mencuba, rajin, sabar, dan tidak mudah berputus asa.

Untuk diri saya sendiri, setakat ini alhamdulillah sudah beribu bekas cookies terjual. Semoga kita semua terus diberikan semangat serta kekuatan untuk terus bekerja dan mengejar impian. Amin.