Jadikan Minat Sebagai Sumber Pendapatan Tambahan


Throwback beberapa tahun lepas. Balik kerja saya bertukar dari lecturer menjadi runner. Singgah sana sini hantar cookies.

Dengan melayan kesesakan di MRR2 dan Lebuhraya Cheras-Kajang. Muka pun terpaksa cover sebab comot macam baru balik berkebun. Time ni dah malas nak touch up. 

Multitask betul waktu ni. Mengajar, jadi baker, jadi runner, tukang packing, tukang pergi pos, tukang reply whatsapp, buat content untuk marketing. Ehhh senang cerita semua kerja la saya buat haha.

Sekarang dah tak perlu melayan whatsapp. Kita guna website, sapsapsoi uruskan order sepantas kilat. Runner pun sekarang kita guna Lalamove.



Okay sambung cerita…

Pada waktu itu, pagi sebelum pergi kerja saya buat adunan dulu. Sempat lagi kau menghadap tepung sebelum gerak ke tempat kerja. Lepas tu simpan dalam fridge. Balik kerja rehat sekejap, kemudian malam start baking.

Mana yang perlu dipos, packing dulu baik-baik balut dengan bubble wrap. Esoknya time lunch pergi pejabat pos. Begitulah, bukan senang nak senang.

Ya kehidupan ku seperti lipas kudung pada waktu itu hahaha. Sekarang ni nak kata rileks goyang kaki memang tak laaa. Tapi lebih terurus dan teratur. Hari yang huru-hara tetap ada, tapi jarang sangat.

Demi mengejar matlamat hidup. Saya jadikan apa sahaja yang saya minat sebagai sumber income tambahan. Do what you love and love what you do. Gitewww missnick cakap omputih. Eh tulis!

Apa saya punya motivasi untuk buat semua ni? Sebab saya ada banyak impian dalam hidup, jadi kena kerja lebih sikit.

Tak penat ke? Hidup ini keras uols. Lagipun saya ni kepala gila sikit haha. Apa yang saya nak buat, saya buat je. Pernah kawan saya cakap, “kau ni pelik tapi benar” 🤣


Nota kaki: Dalam bisnes kena sentiasa cabar diri dan keluar dari zon selesa, dan ada sesetengah perkara akan kelihatan pelik di mata orang yang tidak berada dalam dunia bisnes.