It’s Okay Not To Be Okay


Kita sebagai manusia biasa, ada waktu kita okay dan ada waktu yang kita tak okay. So, it’s okay not to be okay all the time.

Jika kita rasa penat, rasa lemas, letih atau terbeban, berikan diri ruang dan masa untuk berehat atau lakukan sesuatu yang boleh buat kita happy. Hal ini penting untuk dapatkan balik semangat dan energy yang diperlukan.


Kalau nak ikutkan mazhab positif toksik, kau kena balun dengan suami pun tetap kena positif. Tak boleh melawan. Kena sabar katanya, orang sabar ni dapat pahala, nanti boleh masuk syurga. Haha kelakar!

Sampai patah riuk orang tu dok bersabar wei. Sabar pun sabar jugak kan, tapi jangan la sampai menzalimi dan menyakiti diri sendiri. Agama kita tak ajar macam tu.


Rasa down bila bisnes jatuh? It’s okay, itu normal

Rasa sedih dengan perpisahan? It’s okay, itu normal 

Rasa risau dan takut bila orang yang kita sayang sakit? It’s okay, itu normal

Rasa marah dan kecewa bila dikhianati? It’s okay, itu normal


Ia menjadi tidak normal apabila kita menolak perasaan tersebut dan memaksa diri untuk buat-buat gembira. Persoalannya, adakah betul-betul gembira? Sampai bila nak tipu diri sendiri? Kenapa nak takut dengan perasaan lain yang berlawanan dengan perasaan gembira?


Kena ingat tidak ada satu pun emosi yang kekal. Apa sahaja perasaan yang wujud dalam diri kita sama ada okay atau tidak okay, perasaan itu sentiasa datang dan pergi. Itu semua adalah pengalaman yang mengajar kita bagaimana untuk hadap masalah dan cabaran dalam kehidupan.

Oh lagi satu, sila berhati-hati dengan motivator atau sesiapa sahaja yang membawa ajaran ‘apa yang kita rasa akan menjadi doa’.

Maka para pengikut yang taksub pun menjadi takut, sebab tu paksa juga untuk gembira walaupun tengah bersedih sebab takut jadi benda tak baik. Jenis positif tak bertempat ni boleh menjadi toksik atau racun kepada emosi dan mental kita.


Doa adalah satu bentuk permintaan. Apa yang kita rasa adalah emosi, bukan permintaan. Adakah kita minta untuk kecewa? Adakah kita minta untuk sedih dan risau? Tak minta kan? Jadi dari mana datangnya doa tu?

Orang yang berpegang dengan ajaran kita wajib gembira dalam apa sahaja situasi, sampai satu masa akan berhadapan dengan masalah yang tidak lagi boleh ditanggung dengan hanya buat-buat gembira. Ketika itulah segalanya akan pecah, koyak, dan down teruk berbulan-bulan.

Image by S K from Pixabay