Apakah Kesan Buruk Jika Tidak Cukup Tidur?


Waktu tidur kita kena tidur, waktu kerja kita kena kerja. Bukannya waktu tidur pun kita nak hadap kerja yang tak pernah habis.

Dulu aku juga berpegang kepada konsep kalau nak cepat kaya nak cepat jadi jutawan, kita kena korbankan masa bersama keluarga, masa rehat, dan masa tidur. Bertahun-tahun aku hidup macam tu, sampai la aku burnout sebab takde work-life balance. 

Lepas tu aku decide untuk buat hal sendiri, ikut mana yang aku selesa. Kalau mengantuk aku tidur, kalau penat aku rehat, kalau lapar aku makan.

Sekali sekala tak cukup tidur, sekala sekala huru hara masih okay. Kita bukannya perfect, ada juga kecacatan sana sini dalam menguruskan kehidupan harian. 

Kadangkala jadual kita terlari, ada hal lebih penting pada waktu tersebut yang menyebabkan kita terpaksa tangguh kerja ke waktu lain. 

Tapi kalau tak cukup tidur dan tak cukup rehat itu menjadi satu gaya hidup, itu petanda yang tidak baik. Boleh memberi kesan negatif ke atas kesihatan mental dan fizikal kita. Sekarang memang tak nampak, akan datang yes.

Lain sangat kesan selepas aku fokus pada self-care. Kesan paling ketara adalah dari segi emosi. Aku jadi lebih tenang dan rileks bila handle konflik atau masalah. Dan apa yang di luar kawalan aku, aku boleh let go dengan mudah.



Apakah kesan buruk jika tidak cukup tidur?

1.    Kemalangan sama ada di jalanraya, ketika mengendalikan mesin, dan lain-lain. Tengah drive atau tengah kerja, tiba-tiba terlelap tanpa sengaja. Bahaya okay.

2.    Menganggu proses berfikir dan belajar. Sel otak lambat sikit nak berhubung walaupun dah makan kismis seguni. Pasal kismis tu jangan jadi pembaris pulak. Aku gurau je hehe.

3.    Berisiko mengalami masalah kesihatan yang serius seperti masalah jantung dan tekanan darah tinggi.

4.    Merendahkan dorongan seksual.

5.    Menyumbang kepada masalah kemurungan. Kalau nak tau kemurungan dan imsomnia ada kaitan antara satu sama lain.

6.    Mempercepatkan proses penuaan. Oh nooo! Tak nak haha.

7.    Menjadi mudah lupa. Kalau dah masuk umur 80, 90 tu normal la jadi pelupa. Tapi kalau masih 40an dah jadi pelupa, itu tak okay.

8.    Berat badan mudah meningkat. Sama ada disebabkan makan tengah malam atau hormon jadi tak seimbang.


Work hard untuk capai matlamat memang penting dan perlu. Tapi berpada pada. Ada waktu yang kita kena letak pause button.

Okay itu sahaja, sebenarnya ada lagi. Nanti korang google aje la hehe. Next aku update kesan ke atas psikologi dan kesihatan mental yang berpunca dari tak cukup tidur.