Aku Juga Pernah Burnout


Semangat kerja dan bisnes yang lama perlahan-lahan sudah datang balik. Kesan dari burnout yang aku pernah alami, memang bagi tamparan hebat, mentally drain okay.

Dulu aku jenis workaholic giler gilerrr punya. Macam tak reti penat tau. Weekend pun aku tak duduk goyang kaki atau jalan sana sini macam orang lain. Ada sahaja kerja yang aku buat hahaha.

Nanti aku cerita pasal burnout dalam posting lain ye.



Mana yang terlebih bekerja sampai tak ada masa untuk diri, doalah semoga semuanya baik-baik sahaja. Sekuat mana kita melawan, ketahuilah bahawa mental dan fizikal kita bertindak sebaliknya. Jangan jadi degil tak bertempat ye.

2020, insya Allah akan lebih beringat. Letak keutamaan pada diri sendiri berbanding kerja. Praktis work-life balance.

Otak dan fizikal kita tak boleh diperah dan dikerah 24 jam, kena ada masa rehat. Sebab itulah Allah menjadikan siang dan malam. Susun masa sebaiknya antara kehidupan peribadi dan kerja.

Yesss, this is my life lesson.