Apa sahaja perkara baik yang kita nak buat, terus buat tak payah fikir cakap-cakap orang yang tak ada kaitan. Asalkan apa yang kita buat itu tidak menyusahkan orang, tidak menimbulkan fitnah atau kontoversi, tidak melanggar hukum agama, dan tidak melanggar undang-undang negara.
Nak bisnes, ya buat. Tak apa jika permulaan tak laku atau slow. Yang penting buat dulu. Sambil buat, sambil belajar tambah ilmu dan improve.
Nak menulis di media sosial, ya tulis saje. Tak perlu fikir berapa like, berapa komen, berapa share. Yang penting konsisten dan rajin upgrade ilmu. Bukan copy paste tulisan orang lain buat macam sendiri punya.
Jika asyik fikir tentang tanggapan orang pada kita, masalahnya orang tu ke yang bayar segala komitmen kita? Tak kan? Jadi apa tunggu lagi. Terus buat nanti kita akan nampak betapa banyaknya peluang yang ada di depan. Jommm.