Dalam bisnes, modal yang paling utama adalah mindset. Kalau produk hebat, ilmu tinggi macam mana pun tak akan boleh berkembang jika mindset tak betul. Contohnya kita asyik fikir orang itu tak nak beli sebab delivery charge mahal, orang ini tak nak beli sebab orang lain jual benda sama tapi lagi murah dari kita punya, padahal kualiti tak sama.
Perasaan itu normal, tapi yang tak normalnya apabila kita simpan dalam kepala dan ia akan bermain dalam fikiran kita sehingga membentuk satu kepercayaan. Kalau kita jumpa seorang dua customer yang berkira tentang delivery charge, kena ingat tak semua customer macam tu. Cari yang lain!
Tentang barang yang mahal tapi berkualiti, kena ingat ada golongan yang jenis tak kisah pasal harga, yang penting nilai yang mereka dapat.
Faham tak jika kita selalu fikir dan sebut hal-hal sedemikian, itulah yang akan kita dapat. Kita tak nampak dah peluang lain. Mindset yang negatif akan menutup banyak peluang untuk pergi lebih jauh ke hadapan.
Apa yang kita fokuskan itulah yang akan kita jumpa. Jadi fokus benda yang baik-baik supaya kita tak serabut tak tentu hala.