Duit adalah rezeki, kesihatan juga termasuk dalam rezeki. Dalam kita mencari duit, bab kesihatan jangan sekali diabaikan.
Kesihatan mental dan fizikal, kedua-duanya sama penting. Hal tersebut terganggu, keupayaan kita untuk bekerja atau berniaga mencari duit juga akan turut terganggu.
Jika ada leader, mentor, guru bisnes yang memperlekehkan orang yang spend untuk ‘me time’, tidur awal, dan mengambil berat tentang diri sendiri, katanya lambatlah nak kaya kalau masih ada masa untuk semua itu. Memang aku say goodbye aje lah.
Hidup ini bukan tentang kaya duit semata-mata, yang penting adalah keseimbangan. Apa orang putih kata, haaa work-life balance.
Apabila adanya keseimbangan kita dapat membina kehidupan yang lebih baik. Dapat berusaha untuk berjaya, kaya dan apa sahaja yang diimpikan. Dan semua proses itu kita dapat laluinya dalam keadaan yang tenang dan bahagia.
Kaya dalam tekanan atau kaya dalam ketenangan, kita yang pilih. Jadi buatlah pilihan yang terbaik.