Saya dan makan makan berpisah tiada. Pagi ni kita breakfast nasi berlauk kesukaan di kedai Kak Su Nasi Kerabu Narak. Lama dah tak datang sini sejak PKP hari tu. Sekali dapat peluang dine in, apa lagi terus ajak suami sarapan pagi kat sini.
Sebelum negara dilanda Covid19, kedai Kak Su Nasi Kerabu Narak ni ramai sangat orang tau. Korang bayangkan la ya meja tak sempat kosong, dari dalam kedai sampai ke bahagian luar, penuh. Kita bangun je terus ada orang duduk.
Sekarang hanya boleh duduk dua orang sahaja satu meja, barulah nampak tenang keadaan dalam kedai. Mana yang ada anak kecil atau ahli keluarga yang ramai agak susah la sikit nak dine in.
Untuk yang belum tahu, kedai Kak Su dah ada di aplikasi foodpanda dan Grab Food ya. Jadi ambil handphone, tekan tekan, sampai depan rumah. Senang tak perlu keluar.
Saya suka pergi sini sebab dia punya suasana tu feeling macam makan kat kampung tau.
Oh ya nasi berlauk tu saya punya. Suami punya nasi kerabu dengan ayam percik.
Nasi berlauk tu memang sedappp sangat, sebijik rasa macam kat Kelantan. Saya suka rasa kuah gulai tu, dengan ayam yang lembut dan rasa rempah sampai ke dalam. Nasi kerabu pun sedap. Dia punya sambal tumis, sambal kelapa ikan tu, fuhhhh telan air liur.
Apa lagi yang ada di kedai Kak Su Nasi Kerabu Narak? Ada ayam bakar, ayam percik, solok lada, gulai keropeh ayam, gulai ayam kampung, gulai ayam biasa, ikan celup tepung, gulai ikan, daging kerutuk, dan lain-lain. Sila pergi sendiri hehe.
Facebook: Kak Su Nasi Kerabu Narak
Alamat: JC 80, Lot 717, Jalan Cheras Batu 12, 43000 Kajang, Selangor.