Wahhh dah 14hb hari ni. Sekejap aje rasa. Setiap kali masuk bulan baru, setiap kali itulah kita kena work hard untuk capai sales target.
Masuk sahaja bulan September dua minggu lepas, saya start buat cabaran baru untuk diri sendiri. Sebelum ni memang ada buat, cuma kali ini lebih mencabar. Cabaran yang buat kita rasa tak selesa. Antara perkara yang saya pegang adalah untuk berjaya mesti keluar dari zon selesa.
Saya buat task untuk diri sendiri dan cabar diri untuk complete task tersebut setiap hari. Bukan apa, bila buat bisnes sendiri, tak ada orang pantau. Jika tak ada benda mencabar yang nak dibuat, kadangkala kita boleh jadi lemau macam biskut masuk angin tau haha.
Bila ada task kita akan jadi semangat nak mulakan hari tersebut. Rasa tak sabar, rasa excited semua ada.
Dan lagi satu, jangan terlalu selesa dengan apa yang ada sekarang. Keluar dari comfort zone okay! Kita tak nak hidup hanya sekadar hidup, biarlah hidup itu ada nilai. Jadi manusia yang bermanfaat untuk diri dan orang kita sayang.
Jommmm!