Alhamdulillah untuk hari ini. 7104 langkah - 245 calorie burnt - 5.05 km jarak.
Semalam morning walk dalam kawasan rumah aje. Ambik mood dulu orang kata, sempena first day exercise untuk tahun 2020. Bagi longgar dulu segala sendi dan otot.
Hari ni bertukar suasana, so datang keluarkan peluh kat Lake Valley Bandar Tun Hussein Onn. Dulu saya rajin datang jogging kat sini. Seronok sebab kawasan yang luas, nyaman, dan ada tasik. Jogging kat Tasik Permaisuri pun best juga tapi jauh sikit. Sekali sekala boleh la kalau kebetulan ada urusan area sana.
Tahun ni nak fokus pada self-care. Kesian diri sebab selalu diabaikan sebelum ni. Tuannya sibuk dengan macam-macam hal. Exercise adalah salah satu bentuk self-care tau.
Dan exercise juga adalah saya punya booster. Harapnya boleh konsisten at least tiga kali seminggu lepas ni, bukannya buat bila time rajin je haha.
Kalau lama tinggal nanti badan jadi lemau, malas, lembab semua ada. Macam mana nak jadi jutawan kalau lemau macam keropok masuk angin 😂
Hai warga BTHO 💕