Letak Iklan Terus Dapat Duit


Business is business. Mana ada benda senang macam makan kuaci dalam bisnes, sama ada online atau offline. Kalau senang tak ada la orang sampai habis beratus dan beribu untuk menuntut ilmu bisnes.


Orang yang tak faham akan anggap bisnes online ni letak je iklan kat facebook nanti duit masuk. Tidak ada maknanya kau update iklan, goyang kaki dan tingggg macam magik terus dapat customer, tinggg lagi sekali duit pun masuk. Memang tak masuk la jawabnya.


Permulaan dalam bisnes memang susah, serius! Kalau tak kuat memang boleh give up. Saya sendiri pernah beberapa kali hampir kecundang.


Apa yang kita boleh buat adalah bekalkan diri dengan ilmu, praktis apa sahaja yang kita pelajari, buat buat buat, dan terus kuatkan semangat. Konsisten itu penting. Customer nampak je apa yang kita jual walaupun tak terus beli. Sampai masa dan ada rezeki kita, mereka akan beli.


Ada orang seminggu pertama buat bisnes dah dapat untung. 

Ada orang selepas dua tiga bulan baru ada hasil. Jangan sedih dan jangan putus asa, perkara begini memang normal.


Semakin lama dalam bisnes, kita pun dah on track, pelbagai ilmu dah kita ada, insya Allah banyak perkara akan jadi mudah. Ingat, mudah bukan bermaksud goyang kaki duit masuk. Makin jauh kita berlari, makin besar cabarannya. Kadangkala menguji kesabaran juga.


Cuma kita semakin matang untuk handle, semakin bijak dalam membuat keputusan, ditambah dengan ilmu dan pengalaman yang dikutip dari awal bisnes dapat membantu kita untuk survive. Jadi enjoy sahaja setiap moment tersebut, walau ketika hampir jatuh sekalipun.