Resipi Asam Rebus Ikan Selar Sedap dan Mudah


Korang ada tak tiba-tiba hilang idea nak masak apa? Dilema betul. Macam nak jawab exam dia punya fikir tu. Google sana google sini, belek buku resipi, nasib baik tak redah hutan, panjat gunung je. Okay melampau hahaha!

Selepas puas berfikir, maka dapatlah idea nak masak resipi paling simple campak campak is done, iaitu masak asam rebus. Okay jom tengok resipi asam rebus ikan selar sedap dan mudah.


BAHAN-BAHAN A

6 ekor ikan selar (bersihkan)
2-3 keping asam gelugur
2 tangkai daun kesum (terpulang nak letak atau tak)
1/4 biji nanas (dipotong kecil)
1 batang serai (diketuk)
2 cawan air atau lebih, ikut suka 
Garam/gula/serbuk cukup rasa

BAHAN-BAHAN B (UNTUK DIKISAR)

3 biji cili merah
3 biji cili padi
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
Sedikit belacan (terpulang nak letak atau tak)

CARA MEMASAK

1. Kisar bahan-bahan B bersama 2 cawan air atau lebih mengikut kesesuaian. Kemudian masak hingga mendidih.

2. Masukkan ikan, asam keping, daun kesum, nanas, dan serai. Masak dengan api perlahan sehingga ikan masak.

3. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Kalau kuah terlampau pedas boleh masukkan gula sikit untuk seimbangkan rasa cili, sebab ada sesetengah cili yang pedasnya berdesing telinga haha. Kalau setakat letak 3 biji masih okay bagi saya, tak pedas. Atau boleh juga masukkan serbuk cukup rasa.

4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Okay siap. Selamat mencuba!


 Ini bahan-bahan untuk dikisar


 Serai, daun kesum, asam keping, nenas


 Ini ikan. Hehehhh itu pun nak bagitau.


 Ini bahan-bahan yang telah dikisar. Masukkan je dalam kuali atau periuk sampai mendidih.


Masukkan ikan dan bahan-bahan lain. Masak dengan api perlahan sampai ikan masak. 


Dannn selamat menjamu selera!