Ini cerita masa balik kampung sebelum ni. Niat nak cerita masa kat kampung lagi, tapi itulah sibuk apa entah. Terus terlupa dan hari ni baru teringat balik. Walaupun dah basi, saya tetap nak update jugak. Haha pedulilah!
Setiap kali balik kampung dah jadi satu acara wajib iaitu pergi makan di kedai kegemaran saya ni. Mana lagiiii mestilah di Warung Kurnia Ibu atau lebih terkenal dengan nama kedai Moksu.
Kalau pergi time hujung minggu atau cuti umum, mak aiiii susahnya nak dapat meja kosong, lagi-lagi kalau petang. Biasanya saya pergi hari biasa dan pergi awal. Kedai ni memang dari dulu lagi sentiasa ramai orang, dari zaman saya remaja, sampai la dah masuk tahap remaja purba ni.
Kalau ke sini wajib order coconut shake. Sedap sangattt. Sudah banyak tempat saya minum air coconut shake, tapi tetap tak boleh lawan yang kat kedai Moksu. Dia punya pekat tu melekat di tekak terus jatuh ke hati. Isi kelapa yang dikisar halus dan tak kedekut. Setiap kali sedut boleh rasa kelapa tu. Memang puas hati!
Makanan pula saya wajib order nasi air special. Itu aje lah menu dari dulu haha. Ada macam-macam menu makanan dan minuman di kedai Moksu ni. Mee celup dan kuey teow goreng pun sedap.
Seronok makan kat situ sebab makanan yang sudah tentu sedap. Kedua, dia punya suasana tu. Suasana kampung yang mendamaikan, ada banyak pokok, dan berhadapan dengan landasan kereta api.
Setiap kali saya update pergi makan dekat situ, orang selalu tanya kat mana lokasinya. Okay kedai ni terletak di bandar Pasir Mas, tapi bukan di tengah bandar. Nak tulis susah pulak. Kalau cakap senang je, “haaa kau masuk lorong tepi Shell gitu gini gitu gini, lepas tu belok kiri, depan sikit kedainya.”
Alahhh korang guna Waze atau Google Maps aje la senang hehe. Okay bye.