Big Why Sebagai Penguat Semangat


Kalau ikutkan hati saya memang nak duduk goyang kaki je kat rumah ni.

Kalau ikutkan hati buat bisnes on off on off ikut mood pun tak apa. Sebab dah ada income lain yang agak selesa.

Tapi sampai bila saya nak selesa dengan cara begitu?

Ini turning point yang menguatkan saya untuk terus cekal dalam bisnes. Kalau ikutkan rasa hati dan rasa penat, dah lama saya down, dah lama saya melayan perasaan malas nak buat betul-betul dengan ilmu yang betul.

Tak ada sesiapa pun yang push saya. Tak ada sesiapa pun yang membebel nasihat tentang kejayaan. Tak ada sesiapa pun yang remind itu ini masa saya lemau.

Pernah la ada rasa lemau sekali sekala tapi saya tak layan. Lemau sekejap je lepas tu bangkit sendiri. Saya kuat sebab saya ada impian yang agak besar.

Kalau nak tunggu orang push, nak tunggu orang bebel, kau ingat orang ada masa nak fokus kat kita je selalu. Habis tu kalau orang tu dah tak kuasa nak melayan kita, maka mereputlah kau tak ada semangat sampai setahun.

Dalam bisnes ni kan minat sahaja tak cukup tau. Kita kena ada BIG WHY. Itu yang akan memberikan kita kekuatan.




BIG WHY saya adalah mak ayah, keluarga, dan suami.

BIG WHY saya nak capai kebebasan kewangan dan kebebasan masa.

BIG WHY saya nak bantu orang untuk hidup bahagia. Bahagia tanpa serabut fikir masalah duit. 

BIG WHY saya nak keluarkan sedekah dan zakat dengan lebih banyak berbanding sekarang.

BIG WHY saya nak lahirkan orang bisnes yang berilmu.

Kita semua dilahirkan dengan kelebihan tersendiri. Carilah kelebihan itu untuk dapatkan kehidupan yang lebih baik berbanding sebelumnya. Sampai bila nak berada di tahap yang sama?

Kena ingat, Allah tak akan ubah nasib kita kalau kita sendiri tak berusaha untuk mengubahnya. Jom kita sama-sama ubah kehidupan supaya jadi bertambah baik, mampu memberi manfaat kepada diri sendiri dan juga orang lain.