Resipi Asam Pedas Ikan Siakap


Hai semua, semalam saya masak asam pedas ikan siakap. Jom tengok resipi di bawah. Ini pertama kali saya guna ikan siakap, biasanya guna ikan pari. Guna ikan siakap pun sedap juga. Jom tengok resipi di bawah.

BAHAN-BAHAN A

1 ekor ikan siakap (potong 3)

4 batang kacang bendi

Daun kesum

1 tangkai bunga kantan

150 gm cili giling atau cili boh

3 cawan air

Sedikit air asam jawa

Garam secukup rasa

Minyak masak

BAHAN-BAHAN B

10 biji bawang merah kecil

5 ulas bawang putih

1/2 inci belacan

CARA MEMASAK

1. Kisar bahan-bahan B hingga lumat.

2. Kemudian tumis bahan-bahan kisar tadi sehingga naik bau.

3. Masukkan cili giling/cili boh. Kacau sehingga garing. Kalau nak pedas kawkaw boleh tambah lagi cili giling tu.

4. Masukkan 3 cawan air dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan ikan siakap dan biarkan separuh masak.

5. Selepas itu, masukkan bunga kantan, air asam jawa, daun kesum, dan bendi.

6. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Kacau sikit saja manja-manja gitu sekadar nak bagi semua sebati. Jangan kacau kuat-kuat nanti bercerai ikan tu dari tulang huhu. Biarkan saja sehingga masak. Dalam 10 minit macam tu okay dah ikan masak sedang elok. Siappp.




Update gambar asam pedas ikan siakap ni di facebook. Ada kawan tegur banyaknya minyak haha. Memang la dah ambik gambar ni dari dalam periuk, masa ni kuah pun dah hampir sejuk. Jadi minyak bertakung kat atas. Bila dah kacau nanti tak nampak la minyak tu. Atau bila minyak dah naik ke atas, ambil sudu dan buang minyak tu.