Manusia Tidak Boleh Hidup Bersendirian


Manusia tidak boleh hidup bersendirian. Allah jadikan kehidupan kita di dunia ini saling memerlukan antara satu sama lain.

Tidak ada istilah orang kaya tak perlukan orang susah. Tidak ada istilah orang pandai tak perlukan yang kurang pandai. Hebat macam mana pun kita masih memerlukan orang lain untuk minta pertolongan dan ringankan kerja kita.


Contohnya...

Kita hebat dalam memimpin syarikat korporat, tetapi kita masih perlukan khidmat cleaner untuk cuci tandas pejabat.

Kita pakai kereta mewah, tetapi kita masih perlukan khidmat mekanik untuk baiki kereta tersebut jika ada kerosakan.

Kita pelajar cemerlang semasa di universiti dan ada pekerjaan yang bagus, tetapi kita masih perlukan khidmat guru untuk mengajar anak-anak kita.

Kita ada duit yang banyak, tetapi ketika sakit kita masih perlukan khidmat doktor dan jururawat untuk menjaga dan merawat.


Jadi tak perlu nak sombong, angkuh, dan bongkak dengan apa yang kita ada. Kita manusia sama sahaja. Ada amanah dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan sebelum menutup mata. Sombong, angkuh, dan bongkak tidak akan ke mana dan tidak menjadikan diri kita dipandang tinggi pun.


Image by Bob Dmyt from Pixabay