Ini adalah lima (5) kesilapan yang biasa dilakukan oleh sesetengah mereka yang buat bisnes secara online.
1. Guna bahasa yang prospek tak faham. Tulis iklan bagai nak rak, tapi bahasa tu bombastic sangat. Prospek tak ada masa dik non nak pikir apa benda yang kita tulis. Contohnya guna bahasa teknikal.
2. Bahasa yang digunakan ketika berinteraksi dengan prospek kadangkala tidak sesuai. Jangan sesuka hati panggil orang ‘yunk’ ‘darling’ bagai. Ada sesetengah orang dia tak suka. Boleh terbantut niat nak membeli kalau dipanggil macam tu.
Korang bayangkan la ye, sudah la tak kenal antara satu sama lain, pertama kali memulakan perbualan di whatsapp, tiba-tiba dipanggil darling haha. "Ya darling nak order baju ni berapa helai ye?"
Ada perkataan-perkataan tertentu yang hanya sesuai digunakan sesama kita sahaja, dengan orang lain yang kita tak kenal jangannn. Panggil dengan panggilan yang sesuai, biasanya dari nak beli satu dia akan beli dua atau lebih. Kecuali la kalau prospek yang start dulu panggil awak dengan panggilan ‘yunk’ ‘darling’ tu semua, itu lain cerita.
3. Senyap sunyi di laman sosial. Dah namanya bisnes online kena la aktif buat online marketing. Status jarang update, engagement pun tak buat. Dah tu macam mana orang nak tau kita jual apa kalau tak ada usaha nak tonjolkan diri.
Saya cakap macam ni sebab dah jumpa, belajar macam-macam ilmu tapi satu benda ni dia tak buat. Memang langsung tak ada sales.
Kalau malas nak aktif di media sosial baik jangan buat online bisnes. Kalau ada bajet untuk marketing, boleh buat Facebook ads, lepas tu ambil staf untuk close sales, untuk reply komen-komen. Hurmmm tapi kalau owner pun tak tau apa-apa, nanti kena caras pulak dengan staf.
4. Iklan 24 jam. Lepas tu tanya kenapa wall Facebook dia krik krik krikkk. Tanya diri balik, awak suka tak kalau asyik kena kejar dengan promoter?
Macam tu la friends kita di FB, penat asyik tengok iklan produk je, macam tak ada benda lain. Maka mereka pun unfollow awak, nak unfriend tak sampai hati. FB personal adalah tempat bersosial, jangan over sangat menjual. Pandai-pandai la cari ruang dan masa yang sesuai untuk update tentang produk yang kita jual.
5. Suka meroyan atau marah-marah tak tentu pasal. Iya faham kita manusia ni kadangkala gagal mengawal emosi. Kalau hati tengah mendidih cuba jauhkan diri dari media sosial.
Kalau nak marah sekalipun elakkan dari maki hamun dan mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya. Ini boleh menjatuhkan kredibiliti sebagai orang bisnes. Prospek pun takut nak membeli kalau seller asyik dok tunjuk perangai lagu tu.