Assalamualaikum...
Lamanya saya tak update blog kan. Last update 18 Julai tapi masih Julai 2016 la, bukan tahun lepas.
Semalam saya ada masak Daging Goreng Berempah. Alhamdulillah menjadi dan sedap juga. Tiba-tiba puji masakan sendiri haha lantak la. Sebab dia sedap jadi saya nak kongsikan resipi tu kat sini.
Jom tengok apakah bahan-bahan untuk masak Daging Goreng Berempah. Cara-cara memasak boleh juga tengok pada gambar ye.
BAHAN-BAHAN
• 400 gram daging (dihiris kecil)
• 1 labu bawang besar Holland (dihiris)
• 1 biji tomato (dipotong 4)
• 3 tangkai daun kari
• Sedikit minyak masak untuk menumis
• Garam secukup rasa
• 1 inci halia (ditumbuk halus)
• 5 biji bawang merah (ditumbuk halus)
• 3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
• 2 sudu makan rempah kari daging
• 1 sudu teh jintan manis
• 1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak dan tumiskan daun kari.
2. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk halus (halia, bawang merah, bawang putih), rempah kari daging, serbuk jintan manis, dan lada hitam. Tumis sampai pecah minyak.
3. Masukkan daging dan sedikit air. Kacau sebati dan biarkan sehingga daging empuk.
4. Masukkan bawang besar, tomato, dan garam secukup rasa. Kacau sampai hampir kering. Nak ada kuah sikit pun boleh, tambah je air.
Okay siap!
Ini adalah bahan-bahan untuk dikisar. Sepatutnya kena letak jintan manis bagi lagi sedap. Rupanya jintan tinggal plastik je. Isinya sudah habis. Terasa bongok daku di situ, dah guna sampai habis kenapa tidak dibuang plastiknya haha.
Takpe tak letak jintan manis pun, tak berdosa. Tukang masaknya dah cukup manis. Bawang merah tu saya letak lebih sikit sebab halus-halus bawangnya. Kalau bawang korang sihat sejahtera saiznya, letak 5 biji cukup.
Ini adalah bahan-bahan A. Kalau nak lagi meriah boleh tambah cili merah ke cili hijau ke capsicum ke. Takpe tak salah sebab kita yang masak dia. Tomato tu nak letak lebih pun takpe.
Daun kari tu dari pokok sendiri, jadi nak masak petik aje kat balkoni. Bawang besar tu suka hati la nak potong biasa ke nak potong gelang.
Sudah namanya masak daging. Jadi dagingnya jangan dilupa. Hiris, basuh bersih, dan toskan.
Letak sedikit minyak dalam kuali. Sikit je tau minyak mahal sekarang ni. Masukkan daun kari. Kuali basah-basah tu sebab terpercik minyak. Last minute ambik daun kari dan cuci, jadi airnya belum kering. Malas nak fikir campak aje la lepas tu lari haha.
Masukkan bahan yang dikisar. Kacau sehingga pecah minyak.
Lepas tu masukkan daging. Tambah sedikit air dan kacau hingga sebati. Kalau nak cepat boleh rebus awal-awal daging ni. Saya lebih suka daging empuk bersama rempah, supaya rasanya meresap sampai ke dalam.
Lepas daging dah empuk, boleh masukkan bawang besar, tomato, dan garam. Kacau sekejap sampai bawang besar sedikit layu. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.