Hari ni saya nak review buku Mudahnya Menjemput Rezeki hasil tulisan Fathuri Salehuddin. Ini adalah antara buku kegemaran saya. Berulang kali membacanya tanpa jemu walaupun sudah tahu isi kandungan setiap bab buku tersebut.
Antara kandungan buku ini ialah:
Pengenalan
Bahagian 1: Apa Itu Rezeki?
Bahagian 2: Menjemput Rezeki
Bahagian 3: Cerita Menjemput Rezeki
Bahagian 4: Apa Perlu Saya Buat Sekarang?
Penutup
Bahagian 1: Apa Itu Rezeki?
Bab 1: Rezeki Bukan Sekadar yang Nampak di Mata
Bab 2: Udara, Air dan Gunung Adalah Rezeki
Bab 3: Ilmu Adalah Rezeki
Bab 4: Kaitan Antara Usaha dan Rezeki
Bab 5: Harta dan Rezeki
Bab 6: Allah Sentiasa Membantu
Bab 7: Hubungan Rezeki dan Iman
Bab 8: Rezeki, Apakah Bertambah atau Tidak?
Bab 9: Tangkal, Kayu dan Batu Azimat Menambah Rezeki?
Bab 10: Kunci Rezeki
Bahagian 2: Menjemput Rezeki
Bab 11: Menjemput vs Mencari
Bab 12: Menjemput Rezeki dengan Mengutamakan Solat
Bab 13: Menjemput Rezeki dengan Solat Tahajud
Bab 14: Menjemput Rezeki dengan Solat Dhuha
Bab 15: Menjemput Rezeki dengan Zikir
Bab 16: Menjemput Rezeki dengan Doa
Bab 17: Menjemput Rezeki dengan Mendoakan Orang Lain
Bab 18: Menjemput Rezeki dengan Sedekah
Bab 19: Menjemput Rezeki dengan Membaca Al-Quran
Bab 20: Menjemput Rezeki dengan Asma' ul-Husna
Bab 21: Menjemput Rezeki dengan Bersyukur
Bab 22: Menjemput Rezeki dengan Tekun Berusaha
Bahagian 3: Cerita Menjemput Rezeki
Bab 23: Dibalas dalam 24 Jam!
Bab 24: Ikhlas RM50, Dibalas RM10,000
Bab 25: "Tolonglah Anak Saya, Ustaz"
Bab 26: Memberi Tanpa Syarat
Bab 27: Binatang Tidak Mampu Membalasnya
Bab 28: Daripada Hina Jadi Mulia
Bab 29: Berkat Belajar Al-Quran
Bab 30: Bos Hanyalah Posmen
Bab 31: Ikhtiar Rohani dengan Surah Yasin
Bab 32: Sebuah Keajaiban
Bab 33: Sedekah Si Penarik Beca
Bab 34: Sedekah Sebagai Ubat
Bahagian 4: Apa Perlu Saya Buat Sekarang?
Bab 35: Ciptalah Impian Hari Ini
Bab 36: Bagaimana Membina Impian yang Seimbang?
Bab 37: Ibu, Ibu Apa Khabar?
Bab 38: Ini Impian Kita
Bab 39: Strategi Ghaib
Bab 40: Bertaubatlah!
Buku ini banyak membantu saya dalam melangkah untuk membina impian. Saya belajar bagaimana untuk mendapatkan keyakinan dan keberanian hanya dengan bersandarkan bahawa rezeki adalah dari Allah SWT semata-mata, bukan dari manusia.
Setiap keputusan yang dibuat diserahkan hanya kepada Allah. Saya belajar untuk menerima bahawa setiap ketentuan Allah adalah yang terbaik, walaupun ujian yang datang adalah berat dan pedih.
Apa yang menarik ialah buku ini mengajar teknik menjemput rezeki. Sesungguhnya menjemput rezeki itu lebih mudah berbanding mencari rezeki. Banyak lagi perkara tentang agama dan kehidupan yang saya belajar melalui buku ini.
Saya syorkan anda yang masih belum baca, boleh dapatkan buku Mudahnya Menjemput Rezeki di kedai-kedai buku terpilih dan juga boleh didapati secara online.
Okay untuk online boleh dapatkan di Shopee ye. Klik link ini untuk pembelian https://shope.ee/5zncGi14oT