Homemade Cream Puff Sedap Giler


Dah lama aku tak buat review makan-makan walaupun selalu makan. Bukannya apa tak sempat nak ambik gambar, tiba-tiba je hilang sekelip mata masuk mulut haha. Jadi kali ni aku ambik gambar cepat-cepat sebelum licin. Itu pun dah hilang tiga ketul masuk mulut.

Okay serius aku cakap ini first time aku jumpa cream puff yang sedap macam ni tau. Nikmat wei nikmat!




Cream puff ni special bagi aku sebab bahagian luar pun dah sedap, bahagian dalamnya apa lagi kan, berganda-ganda la sedapnya. Sebab krimnya lain dari yang lain. Lepas tu ada nanas seketul dalam krim tu. Kalau korang tak suka nanas boleh je request tak nak, tapi aku suka.

Actually cream puff special ni aku order dari kawan office aku, iaitu kak Ameeza. Aku ni boleh dikatakan pelanggan tetap kak Meeza, sebab setiap makanannya dibuat dengan penuh kasih sayang, sedap, dan yang paling best tak kedekut bahan. Ok lagi satu rasanya yang segar sebab time kita nak baru buat.



Aku selalu skodeng instagram kak Meeza ni haha. Cuci mata tengok segala homemade food yang beliau buat. Korang tunggu apa lagi, pergi la jenguk instagram homebakerz


Okay kalau dah order sekali confirm korang nak order berkali-kali tau. Nanti kalau ada lagi aku review ye. Dah macam-macam beli sebelum ni cuma tu la tak sempat nak ambik gambar. Ye la aku kan tak reti sabar kalau makanan ada kat depan mata.

Hummm aku order ni minggu lepas 8hb tapi sampai sekarang dok teringat. Nampak gayanya nak kena order lagi ni. Jom skodeng instagram homebakerz!