Resipi Roti Jala Lembut dan Sedap


Aku dah mula nak update entri tertangguh ni hehe. Mood untuk update blog dah datang balik. Maklum la musim banjir di Pantai Timur, tapi aku yang di Selangor ni pun ikut banjir sekali dok fikirkan keluarga di kampung. 

Bila cek handphone rupanya ada gambar yang aku belum update. Bukannya update gambar semata-mata tapi dengan ceritanya sekali la. Ramai dah pakat dok menanya aku pasal resepi roti jala ni.


Gambar bawah ni aku buat masa potluck kat office iaitu pada 17 Disember 2014. Kiranya celebrate la sempena semester dah habis. Kerja semua dah siap, paper exam semua dah tanda. Jadi bila buat makan-makan ni boleh la release tension kan. Mana tak sihat sejahtera semuanya kikikiki, makan aje kerja kami. Penat kau aku menjala sampai rabak mata, jam 4 pagi baru siap. Tapi takpe la bukan selalu kan. Lepas tu aku buat kari ayam ada la satu kuali besar hehe.




Roti jala yang dalam gambar bawah ni pula aku buat beberapa minggu sebelum yang atas tu. Tak ingat bila.




Roti jala ni serius lembut dari pagi sampai ke malam tau. Aku ambik resepi ni kat blog http://aziejaya.blogspot.com/

Selalu jugak la aku skodeng blog beliau time bosan tak tau nak masak apa. Laku aku berniaga hari tu, roti jala dengan kari ayam semua licin. Kawan-kawan dok ulang ambik sampai ada yang bawa balik rumah hehe. Jom tengok resepinya kat bawah ni.


Resepi Roti Jala Lembut dan Sedap

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum

2 1/2 sudu besar minyak masak, atau nak letak butter pun boleh

1 sudu kecil garam

1 biji telur

3 cawan air / santan / susu segar / susu sejat (aku campur 2 cawan air dan 1 cawan susu sejat, mana-mana la yang korang suka)

Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:

Campurkan semua bahan di atas dan pukul hingga sebati. Aku guna blender je malas nak bawa keluar mixer. Masa adunan yang terakhir tu mati kau blender aku haha sebab panas. Ye la buat banyak kan sepatutnya guna mixer la. Lepas dah sejuk blender tu hidup balik, dan aku sambung lagi.


Kalau nak tau adunan tu dah ngam dah ok dah boleh dijala, cuba masukkan sikit ke dalam acuan. Kalau keluarnya elok takde putus-putus, maknanya korang dah boleh siap sedia untuk tebar jala. Kalau pekat sila tambah air, tapi jangan cair sangat tau so agak agak je la. Kalau keluar cantik macam shower dalam bilik air tu maknanya dah boleh dijala la tu.

Aku guna Slant Fry Pan iaitu non-stick pan untuk masak roti jala tu. Sekejap je dah masak. Kalau terlebih masa sikit pun roti jala tu tak hangit atau tak garing berbanding kuali lain yang aku guna sebelum ni. Tak perlu dibalikkan, dah masak terus angkat dan gulung. Slant Fry Pan pun aku ada jual juga.

Ada orang tanya macam mana aku buat roti jala yang nampak halus jalurannya. Aku guna acuan yang jenis botol tu. Kena tebuk sendiri lubang kat muncung dia, so kita boleh control jumlah adunan yang keluar. Nak jalur besar buat lubang besar. Acuan roti jala tu pun aku ada jual harga RM5 je satu. 

Okey uolsss selamat mencuba.