Pre-Honeymoon Cameron Highlands


Assalamualaikum...
 
Again and again cerita basi setahun yang lepas. Korang tau kan yang aku sekarang ni tengah nak habiskan posting kat dalam draft folder tu. Asalnya dari 50  lebih posting, sekarang dah tinggal 18 posting iaitu hasil koleksi selama lebih kurang setahun punya peram.

Cerita ni bersambung dari sini Kenduri di Pendang. Balik dari Pendang, bermalam kat hotel di R&R Semanggol. Pagi 9 Jun 2013, singgah Cameron Highlands dulu sebelum balik ke Selangor. Pre-honeymoon gitu.

Okey lets the photo do the talking....


 
Pancake ni serius sedap. Kalau pergi lagi memang ini yang akan aku cari dulu. Lokasinya di Raju Strawberry Farm, Brinchang Town, Cameron Highlands.



Dua gambar kat bawah ni ialah di BOH Tea Plantation Tea House, Cameron Highlands.



Dating....layan teh panas.





Kualiti gambar agak kelam sikit sebab pakai kamera handphone cap ayam je time tu. Lepas beberapa bulan kahwin baru upgrade. Gambar yang ambik guna DSLR ada tapi banyak malas nak pilih.

Kami tak bermalam pun sebab tak plan kan. Nanti la lain kali. Dapat jalan-jalan bersama pun dah cukup, makan-makan, dan tengok pemandangan.