Okey jangan muntah, ini posting basi haha. Aku kan tengah fokus mengupdate cerita-cerita lama yang tertangguh sebelum ni. Ada lebih 50 posting yang masih belum publish. Aku akan publish lepas dah edit bagi cantik sikit. Di samping itu ada la juga posting yang fresh diselitkan, bukan semua yang lama tau. Cerita tu semua aku taip masa tengah dok sibuk dengan urusan dunia hehe.
Yessss permulaan semester aku sangat la busy, super duper busy. Lepas tu penat la kan, penat otak. Tiba-tiba kena implement syllabus baru semester ni. Ayoooo dah la aku sorang je yang ajar subjek tu, maka bekerja la aku sekuatnya.
Semua benda berkaitan kena buat baru bermula dari zero, orang kampung aku kata start from scratch. Sampai ke rumah aku bawa balik kerja. Ditambah lagi hari Ahad aku mengajar part-time students. Kiranya tujuh hari seminggu aku dok mengadap benda-benda ilmiah, jadi masa sangat mencemburui.
Dalam pada sibuk mengalahkan Perdana Menteri tu, sempat la aku update rangka tulisan dan save dalam draft folder. Ada sahaja idea aku terus buat rangka, at least takde la nak kena fikir panjang masa nak update tu, just betulkan ayat bagi cantik bagi orang faham dan tambah mana yang perlu. Hari ni rileks sikit, jadi sempat la menghadap blog, tenung blog, dan buat apa-apa yang patut.
Ok back to the topic!!! Panjang benor mukadimahnya.
16 November 2013 kami balik kampung aku di Kelantan.
17 November tu pergi ambik kad nikah kat pejabat agama Pasir Mas. Selama ni kami dok bawa surat nikah yang besar gedabak tu lipat-lipat letak dalam beg duit. Lepas balik dari pejabat agama, terus misi jalan-jalan cari makan.
Tanpa planning, tiba-tiba jommmm ke PCB iaitu Pantai Cahaya Bulan. Lepak sana ambik angin laut dan tengok keindahan alam ciptaan-Nya. Dah balik KL nanti tengok hutan batu je la. Laut takde yang ada hanya Jalan Raja Laut.
Tengok kat sana ada gerai yang jual maggi ketam, apalagi jom la kita melantak. Serious sedap weh! Ketam besar, fresh, dan isi yang padat, ada juga udang besar dua ekor. Ketam tu memang dia bela kat situ dalam akuarium hidup-hidup. Sampai termenung nak habiskan sebab kenyang giler. Aku tak tipu ni puas hati weh. Yang kat sebelah maggi ketam tu seafood, fishball, dan segala keturunannya. Dah la dapat makan maggi ketam yang sedap giler, menghadap laut pula tu. Aku siap dok bersila lagi okey haha. Order air sampai dua gelas aku sorang.
Okey tak sabar nak balik kampung lagi. Cuti raya cina hari tu balik tapi dua hari je mana sempat nak jalan-jalan cari makan. Sesiapa yang nak ke Kelantan tu sila la cari makan maggi ketam ye. Let's menjamu mata!
P/S: Kedai tu betul-betul kat tepi pantai tu ye. Ala kedai yang banyak berderet tu. Cari la kat situ ada jual maggi ketam. Dia ada letak signboard sebab bukan semua kedai ada jual maggi ketam tau. Jangan korang salah masuk pula. Dah order air semua tiba-tiba takde maggi ketam hehe.